MAYAT WANITA HILANG SEMASA MENCUCI KAIN DITEMUI DENGAN KESAN GIGITAN BUAYA

MAYAT WANITA HILANG SEMASA MENCUCI KAIN DITEMUI DENGAN KESAN GIGITAN BUAYA

TAWAU; 7 SEPTEMBER 2019 (Sabtu) – Mayat wanita disyaki hilang semasa mencuci kain di Sungai Tuda Lama Kalabakan ditemui dengan kesan gigitan buaya, petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, PBK II, Kasdi Latimin yang dihubungi pemberita RTM berkata, mayat mangsa berumur 32 tahun ditemui terapung di tebing Sungai kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang oleh penduduk Kampung kira-kira pukul 3.25 petang.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu kira-kira pukul 10.58 pagi sebelum pegawai dan anggota BBP Tawau respon ke lokasi kejadian dengan menaiki utiliti.

Operasi mencari mangsa turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Kalabakan, pihak polis dan orang Kampung menggunakan dua Bot.

Operasi kemudian ditamatkan kira-kira pukul 3.50 petang.

#BESTAWAUfm

Komen