MAYAT WANITA DITEMUI DI PARIT, POLIS JEJAK SUAMI MANGSA

MAYAT WANITA DITEMUI DI PARIT, POLIS JEJAK SUAMI MANGSA

TAWAU; 26 FEBRUARI 2020 (Rabu) – Polis sedang mengesan seorang lelaki merupakan suami kepada seorang wanita dikenali sebagai Maria binti Abdullah berumur 23-tahun yang ditemui mati di dalam parit di kampung Arang Lorong Kijang 1, Inderasabah Tawau, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas berkata, mangsa yang juga merupakan warga Filipina itu ditemui oleh keluarganya sendiri dalam keadaan terlentang didalam sebatang parit dalam kebun sawit di kampung berkenaan kira-kira pukul 7 malam.

Polis yang menjalankan siasatan ditempat kejadian mendapati mangsa dipercayai telah meninggal dunia sejak lima hari lalu berdasarkan keadaan fizikal mangsa yang telah berulat serta kedua-dua tangan mangsa yang kelihatan tidak sempurna.

Siasatan juga mendapati bahawa pada sabtu lepas, suami mangsa yang juga pekerja di kebun ladang tersebut dikatakan telah keluar mencari mangsa, namun suami mangsa juga gagal dihubungi sehinggalah kepada hari penemuan mayat mangsa yang dijumpai pada jarak kira-kira 200-meter dari kawasan penempatan kampung berkenaan.

Polis juga tidak menjumpai sebarang kesan darah selain tidak menemukan sebarang objek atau senjata di lokasi mangsa ditemui.

ACP Peter berkata, pemeriksaan dan siasatan lanjut di rumah mangsa juga tidak menjumpai sebarang kesan pergelutan dan mendapati keadaan rumah kelihatan teratur.

Katanya, unit Forensik hospital Tawau akan menjalankan bedah siasat keatas mayat mangsa bagi mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan Polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *