MAYAT LELAKI DITEMUI TERAPUNG DI LAUT DIPERCAYAI DISERANG SAWAN DI TAWAU

MAYAT LELAKI DITEMUI TERAPUNG DI LAUT DIPERCAYAI DISERANG SAWAN DI TAWAU

TAWAU; 21 OGOS 2019 (Rabu) – Mayat seorang lelaki Warga tempatan berusia 25 tahun ditemui terapung di Perumahan atas air, Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas Tawau, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.28 pagi itu, mayat mangsa yang dikenalpasti sebagai Herman Ismail ditemui penduduk kampung di laut berkenaan sebelum penemuan itu dilaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas berkata, ibu mangsa turut mengesahkan mangsa merupakan pesakit sawan dan pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan jenayah yang wujud.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa disyaki terkena sawan sebelum jatuh ke dalam laut semasa sedang membuang air besar di tandas yang terletak di atas laut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM selepas ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabatnya Polis Daerah (IPD) Tawau.

Jelas ACP Peter, siasatan lanjut masih diteruskan dan Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

#BESTAWAUfm

Komen