Mayat ditemui berhampiran lapangan terbang lama Tawau

Mayat ditemui berhampiran lapangan terbang lama Tawau

MAYAT: Mayat lelaki ditemui orang awam di kawasan lalang.
TAWAU: Satu mayat lelaki dipercayai pekerja bengkel ditemui meninggal dunia di kawasan lalang berhampiran lapangan terbang lama Tawau, di sini.

Maklumat mengenai penemuan mangsa disebarkan oleh orang awam melalui aplikasi media sosial dalam kumpulan WhatsApp semenjak tengah hari tadi.

Berdasarkan foto yang disebarkan, mangsa dilihat lengkap berpakaian dengan memakai baju warna hitam berseluar jeans biru dan berkasut but hitam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu dan buat masa ini polis mengklasifikasikannya sebagai kes mati mengejut.

Sumber: https://www.utusanborneo.com.my/2020/02/25/mayat-ditemui-berhampiran-lapangan-terbang-lama-tawau

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *