MAYAT BAYI LELAKI BERTALI PUSAT DITEMUI DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

MAYAT BAYI LELAKI BERTALI PUSAT DITEMUI DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

TAWAU; 13 MARCH 2019 (Rabu) – Mayat seorang bayi lelaki yang masih lagi bertali pusat dijumpai di tapak pelupusan sampah di Bukit Gemuk, Jalan Bombalai, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata mayat bayi itu dijumpai pada 6.30 pagi tadi oleh seorang lelaki yang sedang mencari sampah yang boleh dikitar semula di kawasan itu.

Katanya, mayat bayi itu ditemui tanpa seurat benang pada tubuh. Lelaki berkenaan kemudian membalut mayat tersebut menggunakan kain batik berwarna Oren merah yang ditemui berdekatan kawasan berkenaan.

Siasatan mendapati mayat bayi tersebut dianggarkan telah mati kira-kira tiga hari yang lepas dan terdapat kesan kebiruan pada badan mayat.

Menurut ACP Fadil, kawasan berkeluasan 10 ekar itu merupakan kawasan Tapak Pelupusan Sampah bagi kawasan sekitar Tawau dan sering dikunjungi oleh pemungut sampah bagi mencari barang-barang yang boleh dikitar semula.

Bagaimanapun, tiada saksi yang melihat mayat tersebut dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab terbabit.

Mayat bayi kemudiaanya telah dihantar ke kamar mayat Hospital Tawau bagi tujuan bedah siasat dan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kejadian itu diminta tampil ke balai Polis berdekatan untuk membantu siasatan.

#BESTAWAUfm

Komen