MASYARAKAT KALABAKAN DAPAT MANFAAT BESAR DALAM BELANJAWAN 2020

MASYARAKAT KALABAKAN DAPAT MANFAAT BESAR DALAM BELANJAWAN 2020

KOTA KINABALU: Pemimpin politik Sabah menyifatkan Belanjawan 2020 yang dibentangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai belanjawan yang inklusif dan mencerminkan kemakmuran bersama.

Ahli Parlimen Kalabakan Mamun Sulaiman berkata, belanjawan itu memperlihatkan bagaimana kemakmuran negara itu dikongsi bersama.

“Sabah menerima peruntukan RM5.2 bilion dan itu peruntukan yang cukup besar.

“Malah, Kalabakan menerima manfaat besar dengan pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) dengan peruntukan RM600 juta.

“Inilah yang dinantikan masyarakat di Kalabakan selama ini,” katanya ketika mengulas mengenai Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada hari ini (Jumaat).

Dalam Belanjawan 2020 itu, Tun mengumumkan pembinaan Lebuh Raya Trans Borneo sepanjang 165km dengan peruntukan RM600 juta bagi menghubungkan Sabah, Sarawak dan Kalimantan Timur.

Dalam peruntukan itu, ia meliputi pakej bernilai RM600juta bagi pembinaan Jalan Kalabakan-Serudong sepanjang 40km serta pembinaan CIQS serta kuarters perumahan kerajaan.
Sumber: borneotoday.net

Komen