MARITIM TAWAU BERJAYA GAGALKAN CUBAAN 8 INDIVIDU SELUDUP KELUAR 1,000 KILOGRAM BAJA AMMONIA NITRAT KE FILIPINA

MARITIM TAWAU BERJAYA GAGALKAN CUBAAN 8 INDIVIDU SELUDUP KELUAR 1,000 KILOGRAM BAJA AMMONIA NITRAT KE FILIPINA

TAWAU; 27 NOVEMBER 2019 (Rabu) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Tawau berjaya menahan 8 individu dan merampas 1-ribu kilogram baja Ammonia Nitrat selepas bot pam yang dinaiki dikesan menyusup keluar ke Filipina menggunakan laluan yang tidak diwartakan di Perairan Kinabutan Tawau, Isnin lepas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.48 malam itu, juragan dan tujuh penumpang iaitu lima lelaki serta dua wanita berumur 12 hingga 63 tahun gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam dalam kenyataan berkata, pemeriksaan lanjut di bot Pam terbabit menemui 40 muatan karung berisi baja Ammonia Nitrat, sembilan jerikin mengandungi 180 liter minyak petrol dan tiga tong gas petroleum cecair (LPG).

Beliau berkata, kesemua tangkapan dan rampasan termasuk bot Pam beserta enjin yang dianggarkan bernilai 14-ribu ringgit dibawa masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002. -#BESTAWAUfm

#myTawau

Komen