MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG TITINGAN MENERIMA BANTUAN DARI KERAJAAN NEGERI DAN NADMA

MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG TITINGAN MENERIMA BANTUAN DARI KERAJAAN NEGERI DAN NADMA

TAWAU; 10 DISEMBER 2019 (Selasa) – Sebanyak 21 keluarga mangsa kebakaran di blok 3, Kampung Titingan Tawau menerima bantuan berupa set makanan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan wang tunai sumbangan kerajaan negeri Sabah.

Sumbangan di sampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan itu hari ini, Datuk Mohd. Shafie berharap sumbangan itu dapat membantu meringankan beban setiap keluarga yang terbabit dalam musibah itu.

Beliau berkata demikian kepada media ketika melawat dan memyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di kampung Titingan Tawau

Datuk Mohd. Shafie berkata, kerajaan tidak pernah mengabaikan mana-mana rakyat yang ditimpa musibah dan akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membantu mangsa.

Jelasnya lagi, kerajaan juga sentiasa berusaha untuk menyelami penderitaan mangsa yang terlibat dan membantu sedaya upaya untuk meringankan beban mangsa yang ditimpa musibah.

Beliau turut menyeru agar rakyat yang mendiami perkampungan itu sentiasa menjaga kebersihan bagi menjaga keindahan kampung selain dapat menghindarkan gejalah penyakit berjangkit.

Dalam kejadian pada 4.10 petang Sabtu lalu itu, sebanyak 20 buah rumah di blok 3 Kampung Titingan musnah dalam kebakaran. -BESTAWAUfm

#myTawau

Komen