Malayia Selamat Daripada Ancaman Tsunami Kecuali Tawau – Ahli Geologi

Malayia Selamat Daripada Ancaman Tsunami Kecuali Tawau – Ahli Geologi

Jabatan Meteorologi semalam meletakkan Sabah sebagai pemerhatian tsunami susulan gempa bumi serta puluhan gegaran susulan di selatan Filipinan dan kepulauan Indonesia sejak 2 minggu lalu. Pihak jabatan kini dalam usaha berjaga-jaga dengan memfokuskan aktiviti gempa bumi di Mindanao dan Sulawesi.

Keadaan di Laut Celebes dan Sulu dikatakan akan memberi kemungkinan tsunami yang boleh menyerang Sabah dengan sedikit atau tiada amaran. Salah seorang pegawai memberitahu media bahawa gempa bumi yang berada di tengah laut akan mengakibatkan tsunami sehingga mampu menembusi bandar-bandar pantai utara dan timur Sabah.

Susulan daripada ini, ahli geologi Sabah memberitahu bahawa ancaman tsunami di kebanyakan kawasan Sabah masih rendah, kecuali Tawau. Pengarah Pusat Penyelidikan Bencana Alam Universiti Malaysia Sabah, Felix Tongkul berkata, tidak ada sebab lagi untuk kemungkinan berlaku bencana alam di Sabah.

siakapkeli

Komen