MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) HANTAR PULANG 98 PATI WARGA INDONESIA

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) HANTAR PULANG 98 PATI WARGA INDONESIA

TAWAU; 16 MEI 2019 (Khamis) – Seramai 98 Pendatang Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal hari ini oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Pelabuhan Tawau ke Nunukan, Indonesia, petang tadi.

Pengarahnya, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof dalam kenyataan berkata jumlah itu membabitkan 71 lelaki, 23 wanita tiga kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Beliau berkata, Sejak 1990 hingga hari ini, jumlah PATI diusir termasuk yang pulang secara sukarela lebih 580-ribu orang.

Menurut Sharifah Sitti Saleha, pengusiran yang dikendalikan oleh MKN Sabah bagi tahun ini setakat hari ini lebih 5-ribu orang melalui 26 siri pengusiran dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan agensi lain.

Dalam pada itu, beliau menasihati agar majikan dan orang awam bekerjasama dengan pihak berkuasa menangani kemasukan PATI serta mengelak dari mengaji dan melindungi mereka.

Jelasnya, MKN Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak demi keselamatan dan kesejahteraan negeri ini bagi memastikan matlamat Sifar PATI dapat dicapai.

#BESTAWAUfm

Komen