Lintasan Resources dilantik baiki runtuhan cerun di km22 Jalan Lapangan Terbang Tawau

Lintasan Resources dilantik baiki runtuhan cerun di km22 Jalan Lapangan Terbang Tawau

KOTA KINABALU, 15 Okt (Bernama) — Kementerian Kerja Raya (KKR) melantik syarikat Lintasan Resources Sdn Bhd bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan cerun jalan di KM22 Jalan Lapangan Terbang Tawau – Bandar Tawau dengan anggaran kos RM9.6 juta.

KKR dalam kenyataannya hari ini berkata Lintasan Resources dilantik untuk melaksanakan projek pembaikan itu secara reka dan bina pada 10 Oktober lepas dan penyiapan kerja pembaikan itu dijangka mengambil masa 18 bulan.

“Sehubungan itu, pihak kontraktor telah diminta untuk mengemukakan cadangan kaedah pembaikan cerun yang terlibat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sebagai penguasa projek. Dalam masa yang sama, pihak kontraktor juga diarahkan untuk melaksanakan Kajian Analisis Tanah dan kerja-kerja awalan lain (termasuk Pelan Pengurusan Trafik) terlebih dahulu,” menurut kenyataan itu.

KKR berkata berdasarkan perancangan, kerja-kerja fizikal akan dimulakan pada bulan Mac 2019 dan dijangka siap pada April 2020.

Sementara menunggu projek disiapkan, para pemandu di laluan berkenaan khususya penduduk Tawau dimohon untuk bersabar dan mematuhi arahan trafik dan papan tanda amaran di laluan berkenaan, kata KKR.

–BERNAMA

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *