LIMA PENUMPANG MAUT – BAS TERBABAS DI JALAN MARAK PARAK

LIMA PENUMPANG MAUT – BAS TERBABAS DI JALAN MARAK PARAK

Keadaan bas yang terbabit dengan kemalangan di Jalan Marak Parak, Kota Marudu. Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Marudu

KOTA MARUDU: Lima penumpang disahkan maut selepas bas persiaran yang dinaiki terbabas di Jalan Marak Parak berdekatan Kampung Surun-Surun, lewat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata nahas berlaku sekitar jam 5 petang apabila sebuah bas yang disewa oleh pihak Politeknik Sandakan dipercayai hilang kawalan di selekoh ketika menuruni Bukit Lingkabau, di sini.

“Bas persiaran yang disewa itu membawa sekumpulan kakitangan Politeknik Sandakan terbabas dan merempuh penghadang jalan.

Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Lotong, Kota Marudu. Gambar SNT/Sumber

“Rempuhan dan impak kejadian menyebabkan lima penumpang bas terbabit maut manakala yang lain dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut di Hospital Lotong, Kota Marudu,” katanya.

Tambah Mohd Izaan, kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber SabahNewsToday berkata beberapa kakitangan terlibat dalam kemalangan itu berlumuran darah dan diberikan rawatan awal oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pasukan paramedik sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans dan kenderaan orang awam. –SabahNewsToday

Komen