Lia Natalia selalu kena kacau

Lia Natalia selalu kena kacau

LIA Natalia bersama teman lelakinya, Azizi. FOTO Rosdan Wahid

PELAKON Lia Natalia mengakui hubungannya bersama kekasih yang dikenali sebagai Azizi sejak tiga tahun lalu sering diganggu pihak ketiga.

Lia, 27, atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden berkata, bagi mengelak perkara itu mereka menerapkan sikap saling mempercayai dan tidak melayannya.

“Memang ada saja yang kacau. Bukan saja saya, tapi kekasih pun sama. Bagi saya, ini perkara biasa dalam perhubungan. Malah, dalam perkahwinan pun berlaku.

“Cuma, dalam perkara ini kena berbalik kepada diri sendiri sama ada nak layan atau tidak. Alhamdulillah, kami berjaya elak. Paling penting adalah saling mempercayai,” katanya kepada Harian Metro.

Lia berkata, dia dan Azizi sudah merancang untuk berkahwin.

“Ini tahun ketiga kami bersama. Perancangan untuk berkahwin memang ada, cuma belum ada sebarang ketetapan dan perbincangan lanjut. Insya-Allah, kalau sudah ada nanti, saya akan berkongsi.

“Lagipun saya memang merancang untuk berkahwin sebelum usia 30 tahun. Kalau boleh lagi cepat lagi bagus. Apa pun, saya menyerahkan kepada jodoh Allah. Apa pun, doakan saja yang terbaik. Kalau sudah sampai masa dan jodoh, buat apa nak dilambat-lambatkan,” katanya.

Bercerita mengenai kekasihnya, Lia berkata, mereka adalah rakan sekolah dan tusyen ketika di Tawau, Sabah.

“Dia pun berasal dari Tawau tapi tidak pernah rapat. Selepas bertahun-tahun, kami berjumpa semula dan menjadi rapat,” katanya. –hmetro

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mei 2019 @ 12:32 PM

Komen