LELAKI WARGA ASING DITAHAN MILIKI DADAH

LELAKI WARGA ASING DITAHAN MILIKI DADAH

Lelaki warganegara Indonesia yang ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 31.2 gram ketika Ops Tapis di Kampung Panji, Lahad Datu. – Gambar SNT/ Ehsan IPD Lahad Datu

LAHAD DATU: Polis daerah ini merampas 31.2 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM4,680 dalam Ops Tapis, semalam.

Dalam operasi di Kampung Panji itu polis turut menahan seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 45 tahun dipercayai seorang penagih dadah.

Ketua Polis Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata lelaki tidak miliki dokumen pengenalan diri itu ditahan anggota bertugas disebabkan berada dalam mencurigakan.

“Suspek kemudiannya bertindak agresif dan cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan dengan anggota operasi.

“Pemeriksaan badan dijalankan ke atas suspek dan menjumpai menjumpai dua paket plastil lutsinar berisi hablur jernih disyaki syabu di dalam poket belakang sebelah kanan seluar panjang jenis jeans yang dipakai suspek.

“Kita percaya suspek memasukkan dadah ke dalam tubuh badan melihat kepada leadaan fizikalnya.

“Bagaimanapun, lelaki berkenaan serta barang rampasan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut.,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. – SabahNews Today

Komen