LELAKI WARGA ASING DIPENJARA TIGA TAHUN, DENDA 5-RIBU RINGGIT DALAM KEJADIAN LANGGAR LARI MENGAKIBATKAN KEMATIAN

LELAKI WARGA ASING DIPENJARA TIGA TAHUN, DENDA 5-RIBU RINGGIT DALAM KEJADIAN LANGGAR LARI MENGAKIBATKAN KEMATIAN

TAWAU; 13 MEI 2019 (Isnin) – Seorang lelaki Warga Filipina dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda 5-ribu ringgit oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian seorang warga emas wanita dalam kejadian langgar lari di Kilometer 48 Jalan Tawau-Kalabakan, Mac lalu.

Hukuman bermula Hari ini itu dijatuhkan oleh Majistret Ferhansha Farene Mohd Ferdaus terhadap Sani Kaldi, 56 tahun yang telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum dibawah Akta yang sama.

Majistret Ferhansha Farene juga memerintahkan sekiranya gagal membayar denda, tertuduh menjalani tambahan 10 bulan penjara serta dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan pengusiran selepas menjalani hukuman.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Joan Lee yang turut mahu tertuduh dikenakan hukuman serius sebagai pengajaran kepada orang awam berikutan tertuduh tidak mempunyai lesen memandu.
Mengikut fakta kes, pada 19 Mac lepas, kira-kira pukul 7.15 pagi di Kilometer 48 Jalan Tawau-Kalabakan.

Tertuduh yang memandu sebuah jip bersama rakannya menuju ke Umas-Umas dari arah Bandar Tawau telah hilang kawalan pemanduan dan memasuki lorong bertentangan semasa cuba memotong sebuah lori sebelum melanggar sebuah motokar yang dinaiki mangsa Warga emas terbabit.

Rempuhan itu mengakibatkan mangsa berumur 71 mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Umas-umas.

Pada 30 April lepas, tertuduh ditangkap di sebuah rumah di Kampung Kurnia Jaya bersabit kes langgar lari terbabit.

Sementara itu, anak mangsa Saripudin Odu, 38 tahun yang ditemui pemberita akur serta menerima keputusan mahkamah dan berharap ia dapat memberikan satu pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

#BESTAWAUfm

Komen