LELAKI UGUT BUNUH ISTERI, LARIKAN 3 ANAK BERJAYA DITAHAN POLIS DI SANDAKAN

LELAKI UGUT BUNUH ISTERI, LARIKAN 3 ANAK BERJAYA DITAHAN POLIS DI SANDAKAN

LAHAD DATU; 1 JUN 2019 (Sabtu) –
Susulan kes seorang lelaki yang dipercayai melarikan Tiga anak kandungnya dan melakukan ugutan Jenayah terhadap isteri di Lahad Datu, lelaki berkenaan berjaya diberkas di sebuah hotel di Sandakan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam Kenyataan medianya berkata, Hani Mosbah Ramadan Al Ayaydeh, 43 tahun ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Lahad Datu, kira-kira pukul 3.45 pagi.

Katanya, ketiga-tiga anak Suspek iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berumur 13 tahun, 8 tahun dan 4 tahun turut ditemui bersama Suspek dan dalam keadaan selamat.

Khamis lepas, isteri Suspek berumur 43 tahun membuat laporan polis kerana khuatir Akan keselamatan anaknya selepas Suspek membawa ketiga-tiga anak mereka keluar dari rumah menggunakan sebuah pacuan empat roda berwarna Putih.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, telah berlaku pertengkaran dengan isteri Suspek berikutan isterinya tidak bersetuju untuk membuat passport anak bongsunya iaitu seorang perempuan untuk dibawa balik ke Jordan.

Terdahulu, suspek juga dipercayai telah mengugut untuk membunuh isteri sekeluarga dan memukul seorang anak lelakinya sehingga kanak-kanak itu cedera di muka, leher, punggung dan paha.

Justeru, ACP Nasri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak2 kerana mendera anak dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan Jenayah.

#BESTAWAUfm

Komen