LELAKI TEMPATAN DITAHAN BERSAMA SYABU DI TAWAU

LELAKI TEMPATAN DITAHAN BERSAMA SYABU DI TAWAU

TAWAU, 22 Januari 2020 – Seorang lelaki tempatan ditahan bersama sejumlah dadah jenis syabu di kawasan perkampungan Kampung Pasir Putih Tawau, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Ak Umbuas berkata suspek ditahan sepasukan Polis selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan dengan menaiki motosikal di kawasan kampung berkenaan.

“Bertindak atas maklumat orang awam Polis memperkenalkan diri dan suspek bertindak agresif cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan semasa tangkapan dilaksanakan dan akhirnya berjaya memberkas suspek,” katanya.

Pemeriksaan ke atas tubuh badan Polis menjumpai sebuah beg yang disandang suspek, pemeriksaan lanjut terhadap beg sandang berkenaan telah menjumpai 52 peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 65.7 gram daripada suspek berkenaan.

“Suspek ditahan dan dibawa balik ke IPD Tawau untuk soal siasat serta tindakan selanjutnya,” katanya.

ACP Peter berkata pemeriksaan ujian air kencing mendapati suspek berusia lingkungan 33 tahun itu positif dadah jenis Methamphetamine.

Ujarnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana positif dadah.

“Kejayaan ini adalah salah satu usaha Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di daerah ini,” katanya.

#POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

Sumber: fb ipd Tawau

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *