LELAKI DIBERKAS DENGAN DADAH SEBERAT 51.87 GRAM DI LAHAD DATU

LELAKI DIBERKAS DENGAN DADAH SEBERAT 51.87 GRAM DI LAHAD DATU

LAHAD DATU; 14 FEBRUARI 2020 (Jumaat) – Polis Lahad Datu berjaya memberkas seorang lelaki warga Filipina memiliki 51.87-gram Dadah jenis Syabu dengan anggaran nilai 7-ribu 780-ringgit 50-sen menerusi operasi Ops Ice Breaker di sebuah ladang di Jalan Lahad Datu – Tungku, Kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, suspek 34-tahun itu berjaya ditahan sepasukan anggota Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Lahad Datu kira-kira pukul 2 petang di sebuah rumah tidak bernombor di ladang berkenaan selepas berlaku pergelutan antara polis dan suspek.

Polis kemudiannya merampas beg berwarna hitam yang dipakai di pinggang suspek dan telah menjumpai 4-peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki Dadah jenis Syabu dengan berat 51.87-gram.

Bagaimanapun, ujian saringan air kencing yang dijalankan keatas suspek mendapati suspek Negatif Methapethamine. Suspek bersama barang rampasan dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

ACP Nasri berkata, suspek juga didapati memiliki rekod jenayah lampau iaitu pernah didakwa dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dua kali didakwa dibawah Seksyen 15(1)(a), akta sama.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *