LELAKI CEDERA PARAH DITETAK PARANG AKIBAT MENENGUR ‘JANGAN CURI BUAH SAWIT’

LELAKI CEDERA PARAH DITETAK PARANG AKIBAT MENENGUR ‘JANGAN CURI BUAH SAWIT’

LAHAD DATU; 13 FEBRUARI 2020 (Khamis) – Akibat berang ditegur curi buah sawit, seorang lelaki telah bertindak melibas parang ke arah seorang individu yang telah menegurnya supaya jangan melakukan perbuatan curi buah sawit dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sinakut, Ahad lepas.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang itu telah mengakibatkan mangsa berumur 52 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian tangan kiri seterusnya dikejarkan ke Hospital Lahad Datu bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, Suspek 25 tahun berjaya ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah sebaik menerima laporan dari salah seorang rakan mangsa.

Katanya, punca insiden berlaku apabila mangsa dipercayai telah menegur perbuatan suspek kerana cuba mencuri buah sawit milik keluarganya sendiri menyebabkan suspek telah menjadi marah dan tidak berpuas hati terhadap mangsa.

Susulan itu, Suspek telah bertindak menyerang mangsa dengan menetak menggunakan sebilah parang dan terkena tangan kiri mangsa dalam kejadian di rumah suspek ketika mereka sedang berbincang tindakan mangsa menegur yang suspek.

ACP Nasri berkata, bagaimanapun mangsa yang merupakan warga Indonesia itu kini dilaporkan stabil dan masih mendapatkan rawatan di wad Hospital Lahad Datu.

Katanya, Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *