LAWATAN MPV DAN URB IPD TAWAU KE RUMAH-RUMAH KOSONG YANG DITINGGALKAN KETIKA CUTI PERAYAAN

LAWATAN MPV DAN URB IPD TAWAU KE RUMAH-RUMAH KOSONG YANG DITINGGALKAN KETIKA CUTI PERAYAAN

Tawau, 09 Jun 2019 – Di musim perayaan mahupun cuti sekolah, kebanyakan masyarakat memilih untuk menghabiskan masa yang ada di kampung halaman masing-masing bersama insan tersayang. Ada juga yang memilih untuk bercuti melancong dalam jangka masa yang panjang.

Dalam tempoh bercuti, keselamatan rumah yang di tinggalkan kosong menjadi faktor utama dan penyumbang kepada jenayah pecah rumah khususnya malam hari. Pihak PDRM khususnya IPD Tawau ada menyediakan borang balik kampung dan boleh di perolehi di balai – balai polis yang berdekatan. Selain borang bercuti atau balik kampung, aplikasi “Volunteer Smartphone Patrol ( VSP )” juga boleh digunakan bagi memudahkan urusan dan tidak perlu mengisi borang.

Unit Kereta Peronda ( MPV) dan Unit Ronda Bermotosikal ( URB ) Ibupejabat Polis Daerah Tawau menggalas tanggungjawab yang amat berat iaitu memastikan amanah daripada masyarakat untuk menjaga keselamatan rumah yang ditinggalkan berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

Lawatan berkala dan kerap serta pemeriksaan sekitar kawasan rumah yang di tinggalkan adalah wajib dilakukan oleh anggota yang bertugas tidak mengira siang atau malam dengan berdisiplin dan berintegriti.

Diharap masyarakat bekerjasama dengan pihak polis dalam memberi maklumat mengenai perkara yang mencurigakan di kawasan anda untuk memastikan daerah Tawau berada dalam keadaan yang aman dan sejahtera.

Jika ingin menyalurkan maklumat kepada pihak polis boleh menggunakan aplkasi :-

➡ Aplikasi VSP
Apple IOS
https://itunes.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031?mt=8

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2

➡ Talian 089-772121 atau email polistawau@gmail.com

Komen