LAGI LELAKI PALA’UH MENANGKAP IKAN MENGGUNAKAN BAHAN LETUPAN DITANGKAP OLEH PASUKAN POLIS MARIN

LAGI LELAKI PALA’UH MENANGKAP IKAN MENGGUNAKAN BAHAN LETUPAN DITANGKAP OLEH PASUKAN POLIS MARIN

SEMPORNA – 17 September 2019( Selasa) Pasukan Polis Marin Telah berjaya menahan sebuah Perahu Jenis Pump Bot Berwarna Jingga semasa menjalankan rutin rondaan keselamatan di perairan kg Tobo-Tobo Semporna. Pump boat yang didapati dalam keadaan mencurigakan tersebut telah ditahan untuk di periksa.

Hasil pemeriksaan terhadap Lelaki Bajau Pala’uh tersebut yang berumur 45 tahun mendapati terdapat pelbagai jenis ikan yang disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan berada dalam perahu tersebut. Suspek dan Pam bot tersebut di bawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Hj Mohamad Pajeri Bin Ali berkata, turut dirampas sebuah Pump Bot, satu unit enjin pump, 2 batang besi, satu set Kompresor, satu gulung hos, satu tali pinggang pemberat, 2 pasang kaki itik dan 14kg pelbagai jenis ikan yang disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan. Nilai Rampasan keseluruhan di anggarkan berjumlah RM 3,940. 00.

Kes disiasat dibawah seksyen 26 (1)(c) Aktap Perikanan1985. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan Denda maksimum RM 20,000 Dan Penjara maksimum 2 Tahun.

Sumber fb Pasukan Polis Marin Sabah

#myTawau

Komen