KPDNHEP TAWAU CATAT 157 KES, RAMPAS LEBIH 600-RIBU RINGGIT JANUARI HINGGA SEMALAM

KPDNHEP TAWAU CATAT 157 KES, RAMPAS LEBIH 600-RIBU RINGGIT JANUARI HINGGA SEMALAM

TAWAU; 19 NOVEMBER 2019 (Selasa) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Tawau merekodkan 157 kes berkaitan pelbagai kesalahan perdagangan bagi tempoh Januari hingga semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Aslani Dabi berkata, jumlah itu membabitkan nilai barangan rampasan sebanyak 605-ribu 334-ringgit dan kompaun sebanyak 35-ribu 450-ringgit.

Beliau berkata, kesemua kes itu dikesan hasil pemeriksaan keatas 11-ribu 5-premis di sekitar Tawau, Kalabakan dan Balung.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM selepas ditemui di Pejabatnya, di KPDNHEP Tawau.

Beliau berkata, rekod tertinggi rampasan melibatkan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu 578-ribu 399-ringgit dengan 51 kes dan 19-ribu 900-ringgit nilai kompaun.

Ia diikuti dengan rampasan dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 iaitu 63 kes dengan nilai rampasan 8-ribu 747-ringgit dan 9-ribu 100-ringgit kompaun serta 30 kes Akta Timbang dan Sukat 1972 dengan nilai rampasan 7-ribu 380-ringgit dan 5-ribu 50-ringgit kompaun.

Katanya, turut dilakukan rampasan atas kesalahan Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu 10 kes dengan rampasan 10-ribu 379-ringgit dengan kompaun sebanyak 1-ribu 400-ringgit dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 iaitu rampasan sebanyak 429-ringgit, 3 kes.

Menurut Aslani, dalam tempoh itu juga KPDNHEP Tawau turut menerima 150 aduan kes.

#BESTAWAUfm

Komen