KKPT Kelab Kenderaan Permotoran Tawau

KKPT Kelab Kenderaan Permotoran Tawau

Satu lagi kelab Kereta yang tidak Asing lagi di daerah Tawau iaitu Kelab Kenderaan Permotoran Tawau atau (KKPT). Perancangan Kelab ini telah ditubuhkan dengan sebulat suara dengan beberapa ahli yang ada pada masa itu pada 31/12/2014.

Tujuan utama dan matlamat kelab ditubuhkan:-
~Bersama memaju dan memperkasakan kepakaran automotif dan profesional di kalangan ahli selaras dengan keperluan, perancangan dan peranan kelab ini.

~Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang sesama ahli serta dengan pihak pengurusan kelab bagi tujuan memartabatkan kepentingan kedua-dua pihak di dalam aspek perkhidmatan, persaudaraan, kebajikan serta profesionlisme kerjaya ahli danorganisasi.

~Untuk menerapkan cara pemanduan kereta yang lebih selamat, berhemah dan berdisiplin dikalangan ahli kelab agar dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya disamping menyahut seruan kerajaan ‘Pandu Cermat Jiwa Selamat’

~Untuk mengisi masa lapang dan terluang ahli kelab dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah agar memberi manfaat bukan sahaja kepada ahli kelab malah kepada masyarakat setempat dan mencegah masyarakat dari memandang negatif kepada ahli1 kelab yang selalunya dikaitkan dengan lumba haram dan pelbagai gejala negatif.

~ Mengeratkan perhubungan persahabatan dan semangat muhibah di kalangan ahli-ahli.

~ Menjalinkan persahabatan antara ahli-ahli yang menyertai kelab ini yang mana ianya tidak terhad kepada aktiviti perjumpaan semata-mata dan mengalu-alukan penyertaan untuk semua generasi tidak kira muda atau tua.

~ KKPT adalah kelab yang secara hakikinya bukanlah kelab untuk mengaut keuntungan semata-mata, tetapi ianya lebih kepada kerjasama antara ahli dan segala keputusan bukan terletak kepada pimpinan kelab tetapi perbincangan antara ahli adalah cara yang paling berkesan untuk mendapat keputusan yang adil.

~ KKPT akan cuba terlibat didalam aktiviti sosial masyarakat yang mana merangkumi aktiviti kebajikan, sukan, beriadah dan juga yang memberi kesan positif kepada ahlinya.

~ KKPT mengalu-alukan kerjasama dari pihak kelab lain berpandukan kepada motto kelab iaitu Friendship dan Brotherhood.

Anda Boleh ikuti kelab Ini di halaman
WeB: https://www.kkptteammates.com
Facebook: https://www.facebook.com/kkptownerclub/
Twitter: http://twitter.com/KkptTeammates
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UC5T5n11aG9Pb5i7iAqPRFcg

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *