KITA JUARA!!!

KITA JUARA!!!

Giliran Mafry Balang menjulang piala kejuaraan Liga Premier 2019 di astaka Grand Stand Stadium Likas. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin


KITA JUARA … Tambadau Sabah menjulang piala Juara Liga Premier 2019 yang disampaikan oleh Yang DiPertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Stadium Likas malam tadi.

Ini turut menandakan tamatnya penantian selama 23 tahun bagi Sabah untuk membawa sebarang kejuaraan pertandingan bola sepak pulang.

Tun Juhar Mahiruddin menyampaikan pingat juara Liga Perdana kepada pemain tengah Azizan Nordin. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin


Majlis penyampaian piala dan pingat diadakan selepas perlawanan menentang Kelantan yang berkesudahan dengan Tambadau menang 1-0.

Turut hadir menyerikan majlis ialah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang diiringi Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony yang juga pemangku presiden Safa dan Menteri Sukan dan Belia, Ginger Phoong. Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman.

Pasukan Tambadau Sabah meraikan kejuaraan Liga Premier 2019. Bendera di sebelah Sabah ialah bendera Serbia, negara penyerang import berbisa Rodoljub Paunovic. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin


Sabah telah mengesahkan kejuaraan liga selepas menang 2-1 ke atas UiTM FC di Shah Alam tiga hari lalu.

Sebelum itu Tambadau menempah tiket ke Liga Super dengan menewaskan pencabar terdekat JDT II di Pasir Gudang 1-0.

Kali terakhir Sabah memenangi kejuaraan bola sepak ialah pada tahun 1996 apabila menjulang Liga Perdana, ketika itu liga terunggul negara.-SabahNewsToday

Komen