KETUA MENTERI GESA BANGUNAN TERBENGKALAI DI DATARAN SABINDO DIROBOH

KETUA MENTERI GESA BANGUNAN TERBENGKALAI DI DATARAN SABINDO DIROBOH

TAWAU; 9 FEBRUARI 2019 (Sabtu) – Ketua Menteri Sabah Datuk Mohd Shafie Apdal telah meminta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Jaujan Sambakung dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau Mohd Alijus Sipil untuk mengambil tindakan segera usaha untuk merobohkan bangunan terbengkalai di Dataran Sabindo Tawau.

Katanya, perkara itu penting berikutan bangunan itu sudah sekian lama terbiar dan ia perlu dibangunkan untuk dimanafaatkan rakyat.

Beliau berkata demikian ditemui pada sambutan Majlis Tahun Baharu Cina anjuran N57 sri Tanjung di Tawau mengulas permohonan wakil Rakyat Sri Tanjung yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Jimmy Wong.

Bangunan di Dataran Sabindo dibina pada 2006 itu tidak dapat kelulusan untuk diteruskan dan perintah mahkamah telah dikeluarkan pada pemaju pada 2017 untuk dirobohkan, bagaimana pun sehingga ke hari ini pemaju gagal untuk merobohkan bangunan terbabit.

Sehubungan itu, ADUN Sri Tanjung Datuk Jimmy meminta campur tangan kerajaan negeri untuk merobohkan bangunan tersebut kerana ia diantara janji parti DAP pada PRU ke-14 lalu.

#BESTAWAUfm

Komen