KES DEMAM DENGGI MENINGKAT DI DAERAH SEMPORNA, 2 KEMATIAN DIREKODKAN

KES DEMAM DENGGI MENINGKAT DI DAERAH SEMPORNA, 2 KEMATIAN DIREKODKAN

SEMPORNA; 29 JUN 2019 (Sabtu) – Daerah Semporna mencatatkan 146 kes demam denggi dengan dua kematian dicatatkan sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarah Kesihatan Semporna, Doktor Shameer Khan berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 50-peratus kes dalam tempoh yang sama tahun lalu iaitu 73 kes.

Katanya, sepanjang tahun 2018, 173 kes dicatatkan di Semporna dengan 5 kematian, dan kebanyakkan kes kematian adalah dikalangan kanak-kanak.

Beliau berkata demikian kepada RTM ketika ditemui di Pejabatnya di Semporna.

Jelas Doktor Shameer, sepanjang bulan Januari hingga Jun, selain kawasan pekan, perkampungan dalam Semporna mukim Tampe-Tampe menunjukkan lokiliti kes demam denggi yang tertinggi di daerah ini.

Beliau turut menganggarkan 260-hingga 280 kes demam denggi bakal dicatatkan di Semporna sehingga akhir tahun ini mengikut tren jangkitan nyamuk berkenaan.

Dalam pada itu, Doktor Shameer berkata, pihaknya sedang giat mengadakan aktiviti pendidikan iaitu “satu orang juara” yang melibatkan orang awam dan pihak sekolah bagi memerangi nyamuk aedes selain sering melakukan pemeriksaan bagi memberi kesedaran kepada bahayanya wabak penyakit Aedes kepada masyarakat.

Sehingga kini, pihaknya telah banyak melaksanakan pemeriksaan pembiakan Aedes ke kawasan yang dikenal pasti di seluruh daerah semporna dan beberapa kompaun telah dikeluarkan pihaknya dibawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1957.

Beliau turut harap agar masyarakat juga turut sama memainkan peranan dan kerjasama dengan sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dan melakukan aktiviti gotong royong cari dan musnah di sekitar rumah supaya tidak berlaku pembiakan Aedes

Jelasnya, fogging yang dilakukan pihaknya hanya membunuh nyamuk dewasa, dan memerlukan kerjasama orang ramai membasmi tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes berkenaan rumah dan sekitar rumah mereka.

Doktor Shameer turut, menesihati orang ramai agar tidak membiarkan kanak-kanak bermain pada pukul 5-petang hingga 8 malam dimana nyamuk berkenaan aktif selain mengambil bahagian jika ada aktiviti gotong royong pembersihan dikawasan mereka.

#BESTAWAUfm

Komen