Kereta terbalik, pemandu selamat

Kereta terbalik, pemandu selamat

TAWAU: Sebuah kereta terbabas dan terbalik di kawasan lampu isyarat Jalan Sin Onn di sini kira-kira jam 2 pagi pada Ahad, mujur pemandunya terselamat dalam insiden itu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata pemandu, seorang pekerja swasta, 18, mengalami kecederaan pada bahagian mulut, dahi dan calar di bahagian tangannya.

“Hasil siasatan awal, polis mengesyaki kemalangan itu berpunca akibat kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaannya sehingga terbabas dan terbalik,” katanya.

Fadil berkata kenderaan itu dipercayai dipandu dari arah pusat bandar menuju ke Sin Onn sebelum terbabas sebaik di lokasi kejadian dan ketika lampu isyarat berwarna hijau.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan kereta berkenaan mengalami kerosakan di bahagian bumbung, pecah cermin hadapan, tayar sebelah kiri pecah dan ‘arm’ bengkok.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan LN166/99 dan dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat Sjn Razlan Razan,” katanya.

Oleh: Amir Anuar/ Utusan Borneo

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *