KERAJAAN NEGERI SOKONG PENUH ‘LARIAN KEAMANAN’ – DATUK JAUJAN SAMBAKONG

KERAJAAN NEGERI SOKONG PENUH ‘LARIAN KEAMANAN’ – DATUK JAUJAN SAMBAKONG

TAWAU; 22 SEPTEMBER 2019 (Ahad) – Kerajaan Negeri menyokong penuh Penganjuran “Run For Peace” atau “Larian Keamanan” bersempena sambutan kemuncak bulan keamanan anjuran Soka Gakkai Malaysia (SGM) kerana ia bermatlamat meningkatkan kesedaran mengenai konsep keamanan di kalangan rakyat Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Jaujan Haji Sambakong berkata, penyertaan pelbagai lapisan masyarakat negeri ini tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama-sama menyertai larian itu, mampu mencapai matlamat kepada keamanan dan keharmonian yang berpanjangan.

Beliau optimis dengan seruan SGM yang membudayakan keamanan di dalam diri rakyat Malaysia kerana semua yang baik adalah bermula dari diri masing-masing sebelum ia dipupuk kepada ahli keluarga, rakan-rakan, komuniti, seterusnya kepada negara dan seluruh dunia.

Beliau berkata demikian kepada Pemberita pada Majlis “Run For Peace” peringkat negeri Sabah di Padang Bandaran Tawau.

Datuk Jaujan berkata, perbezaan pelbagai dalam aspek kehidupan rakyat Malaysia harus dielakkan melalui persefahaman kepada keamanan dan kerjasama.

Beliau turut mengingatkan rakyat Sabah agar saling bertoleransi dan hormat-menghormati supaya perpaduan nasional, mendatangkan keamanan dan keharmonian kepada masyarakat keseluruahnnya.

Datuk Jaujan memuji usaha SGM yang sentiasa berkomited dalam membentuk sebuah dunia tanpa ancaman senjata nuklear melalui pelbagai medium antaranya seminar, forum, pameran pendidikan dan program seumpama Run For Peace turut memandu ke arah itu.

Menurutnya lagi, matlamat kepada keamanan harus diwujudkan bersama di antara pihak kerajaan dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan SGM demi untuk memastikan matlamat berkenaan tercapai.

Menerusi kerjasama itu akan memberikan kesan yang baik kepada rakyat kerana SGM memperlihatkan usaha yang baik demi untuk kemajuan negara.

Kira-kira 2-ribu orang dari pelbagai latar belakang agama dan bangsa menertai larian sejauh 4-kilometer itu yang bermula dari Padang Bandaran Tawau ke Jalan Pesisiran-Jalan Dunlop dan berakhir di Padang Bandaran Tawau.

Di anggarkan 1-ratus 15-ribu orang melibatkan diri dalam acara Run For Peace yang berlangsung serentak pukul 7.10 pagi tadi di 28 lokasi di seluruh negara. -BESTAWAUfm

#myTawau

Komen