KERAJAAN NEGERI PERUNTUKKAN SETENGAH JUTA RINGGIT BAIKI JALAN RUNTUH AIR PANAS BERMULA MINGGU DEPAN

KERAJAAN NEGERI PERUNTUKKAN SETENGAH JUTA RINGGIT BAIKI JALAN RUNTUH AIR PANAS BERMULA MINGGU DEPAN

TAWAU; 16 OGOS 2019 (Jumaat) – Sebanyak 500-ribu ringgit diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pembangunan Insfrastruktur untuk membaiki semula jalan di Kilometer 2.4 Jalan Air Panas Tawau yang runtuh sejak 2017.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai, Sarifuddin Hata berkata, jalan yang akan dibaiki bermula minggu hadapan itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 12 minggu oleh kontraktor baharu yang dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR).

Yb sarifuddin Hata

Beliau berkata, laluan sepanjang 40 meter itu akan memberi kemudahan kepada lebih 2-ribu penduduk yang berulang alik menggunakan laluan berkenaan, setiap hari.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turun padang meninjau jalan runtuh di Jalan Air Panas.

Sarifuddin yang juga Pembantu Menteri Kewangan Negeri berkata, kerajaan negeri komited dalam menangani masalah jalan raya terutama membabitkan jalan utama bagi menjamin keperluan dan keselesaan rakyat.

Dalam pada itu Katanya, baru-baru ini enam tiang lampu jalan turut dipasang di laluan Jalan Air Panas terbabit berikutan jalan yang gelap pada waktu malam.

Menurut Sarifuddin, pihaknya juga mengambil perhatian serius berkenaan permasalahan masyarakat yang diaju kepadanya termasuk isu air dan elektrik di beberapa rumah di kawasan Jalan Air Panas dan telah merujuk perkara terbabit kepada pihak berkaitan.

Tinjauan itu turut disertai Jurutera JKR Tawau, Siti Asmah Munir dan Penolong Jurutera JKR Tawau, Saiman Ibrahim.

#BESTAWAUfm

Komen