Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke-34 #AJL34

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke-34 #AJL34

Anugerah Juara Lagu edisi ke 34 baru sahaja selesai berlangsung pada malam 9 Februari 2020. Acara penuh gilang gemilang ini berlangsung meriah di Axiata Arena, Bukit Jalil dan juga dipancarkan ke kaca televisyen TV3. Anugerah Juara Lagu kali ini diacarakan oleh Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussein. Nak tahu siapa pemenang Anugerah Juara Lagu edisi kali ini? Jom lihat artikel ini sehingga ke akhir.

FORMAT PERTANDINGAN

Sebanyak 30 buah lagu telah layak ke peringkat separuh akhir dengan pemarkahan 40% hasil daripada undian peminat di Carta Mingguan manakala baki 60% dinilai oleh juri professional. Untuk pentas akhir pertandingan Juara Lagu ke-34 sebanyak 12 lagu telah terpilih dari 3 pusingan separuh akhir yang telah berlangsung pada 15, 22 dan 29 November 2019.

Artikel Berkaitan : [ Fakta dan Trivia Anugerah Juara Lagu ]

FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU 34

πŸ”° Penyanyi : Drama Band
πŸ”° Judul Lagu : Drama
πŸ”° Komposer & Penulis Lirik : Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir & Nik Adib

πŸ”° Penyanyi : Bob Yusof ( Penyanyi Asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza )
πŸ”° Judul Lagu : Anta Permana
πŸ”° Komposer & Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

πŸ”° Penyanyi : Ernie Zakri
πŸ”° Judul Lagu : Ku Bersuara
πŸ”° Komposer & Penulis Lirik : Syamel, Omar K, Blaine Bakri & John Jeevasingham

πŸ”° Penyanyi : Hafiz Suip
πŸ”° Judul Lagu : Kisah Cinta Kita
πŸ”° Komposer : Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
πŸ”° Penulis Lirik : Dato’ A. Aida

πŸ”° Penyanyi : Fairuz Misran ( Penyanyi Asal Faizal Tahir )
πŸ”° Judul Lagu : Ragaman
πŸ”° Komposer : Faizal Tahir, Mike Chan & Romeo
πŸ”° Penulis Lirik : Faizal Tahir, Jaare. Karim Karam & Mike Chan

πŸ”° Penyanyi : Haqiem Rusli
πŸ”° Judul Lagu : Lembah Kesepian
πŸ”° Komposer : Haqiem Rusli
πŸ”° Penulis Lirik : Haqiem Rusli, Goufran & Ibnu

πŸ”° Penyanyi : Akim & The Majistret
πŸ”° Judul Lagu : Rampas
πŸ”° Komposer : Hang Nadim & Laq
πŸ”° Penulis Lirik : Bunga Cantik

πŸ”° Penyanyi : Aman RA
πŸ”° Judul Lagu : Bangun
πŸ”° Komposer : Navigator
πŸ”° Penulis Lirik : Aman RA

πŸ”° Penyanyi : Kugiran Masdo
πŸ”° Judul Lagu : Dinda
πŸ”° Komposer & Penulis Lirik : Ali Sariah

πŸ”° Penyanyi : Aina Abdul
πŸ”° Judul Lagu : Sumpah
πŸ”° Komposer & Penulis Lirik : Aina Abdul

πŸ”° Penyanyi : Hazama & The Penglipurlara
πŸ”° Judul Lagu : Peneman
πŸ”° Komposer & Penulis Lirik : Tam

πŸ”° Penyanyi : Naim Daniel
πŸ”° Judul Lagu : Sumpah
πŸ”° Komposer : Naim Daniel & Omar K
πŸ”° Penulis Lirik : Naim Daniel

KEPUTUSAN PENUH PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 34

JUARA LAGU
πŸ”° Penyanyi : Naim Daniel
πŸ”° Judul Lagu : Sumpah
πŸ”° Komposer : Naim Daniel & Omar K
πŸ”° Penulis Lirik : Naim Daniel

NAIB JUARA
πŸ”° Penyanyi : Aman RA
πŸ”° Judul Lagu : Bangun
πŸ”° Komposer : Navigator

πŸ”° Penulis Lirik : Aman RA

TEMPAT KETIGA

πŸ”° Penyanyi : Bob Yusof ( Penyanyi Asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza )
πŸ”° Judul Lagu : Anta Permana

πŸ”° Komposer & Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

VOKAL TERBAIK

πŸ”° Penyanyi : Hafiz Suip

πŸ”° Judul Lagu : Kisah Cinta Kita

PERSEMBAHAN TERBAIK

πŸ”° Penyanyi : Hafiz Suip
πŸ”° Judul Lagu : Kisah Cinta Kita

Artikel Berkaitan : [ 15 Penyanyi Wanita Terbaik Malaysia ]

TRIVIA ANUGERAH JUARA LAGU 34

πŸ‘‰Finalis AJL34 diberikan jolokan “power final” oleh Azmeer yang berperanan sebagai Ketua Juri semasa saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 34. Azmeer juga dilaporkan telah merayu kepada pihak produksi untuk menambah satu tempat lagi supaya menjadi 13. Walau bagaimanapun, pihak juri hanya dibenarkan untuk memilih 12 lagu ke pentas akhir.

πŸ‘‰Aina Abdul dan Naim Daniel masing-masing membuat penampilan solo dan sulung pada final kali ini dan mempunyai tajuk lagu yang sama iaitu “Sumpah”.

πŸ‘‰Aman RA yang terlebih dahulu membuat persembahan selingan pada AJL 33 dengan lagu “Bangun” layak ke final AJL 34 dengan lagu yang sama, satu-satunya lagu hip-hop yang bertanding di Separuh Akhir Muzik Muzik 34 dan Anugerah Juara Lagu 34.

πŸ‘‰”Ragaman” dan “Anta Permana” masing-masing dipersembahkan oleh Fairuz Misran dan Bob Yusof terpilih ke final setelah penyanyi asal memilih untuk tidak berentap di Muzik-Muzik dan AJL.
AJL34 merupakan penampilan kedua Bob Yusof sebagai penyanyi gantian. Beliau menyampaikan lagu “Kasih Tercipta” pada AJL22 bagi menggantikan Faizal Tahir yang diharamkan untuk mengadakan persembahan secara langsung peda ketika itu.

——–

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga lebih banyak karya-karya muzik yang lebih baik, lebih pelbagai dan diterima ramai orang. Kepada yang tidak berjaya, sampai di pentas akhir juga adalah satu kejayaan. In shaa Allah terus hasilkan karya berkualiti, pasti ada rezeki di masa akan datang.

Sekian

Sumber : Google Image : Wikipedia

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *