KENYATAAN MEDIA KBS Berhubung Insiden Peserta Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) Yang Dipanah Petir

KENYATAAN MEDIA KBS  Berhubung Insiden Peserta Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) Yang Dipanah Petir

Pihak KBS ingin memaklumkan yang ketiga-tiga orang peserta futsal LiSUS peringkat kebangsaan yang dipanah petir petang tadi berada di dalam keadaan stabil.

Dua (2) orang mangsa iaitu Abd Wahid bin Habib Abdullah dari Sabah dan Nurrizati binti Kamsani dari Terengganu telah sedarkan diri dan berada di bawah pemerhatian pegawai perubatan. Manakala seorang lagi (1) iaitu Faizal bin Alli juga dari Sabah pula telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi rawatan dan pemerhatian lanjutan.

Situasi dan perkembangan ketiga-tiga mangsa akan terus dipantau dan tindakan selanjutnya bersama pihak keluarga juga telah diambil.

Sekian, terima kasih.

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Belia dan Sukan
13 Oktober 2018 / 2210 hrs

Komen