Kenapa Najib jadi kaki troll?

Kenapa Najib jadi kaki troll?

Najib Tun Razak – Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

CAMERON HIGHLANDS – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan ‘troll’ yang dibuat sesuai dengan peranannya sebagai pembangkang.

Menurut Najib, sebagai pembangkang beliau akui kini liputan media arus perdana terbatas untuknya.

“Kadang-kadang dalam kereta saya dapat idea. Memang itu peranan saya sebab jadi pembangkang ini, media arus perdana tak bagi tempat kepada saya. Macam dulu kan.

“Bukan awak (wartawan) salah tapi apabila sampai Kuala Lumpur bnyak cerita itu kena cantas tapi saya gunakan online sebab itulah cara saya boleh sampaikan mesej kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di Masjid Kg Raja, di sini, hari ini.

Beliau akui ‘troll’ yang dilakukan sejak kebelakangan ini demi mengangkat isu rakyat namun berdasarkan fakta.

“Itu pendekatan saya. Saya tak buat fitnah atau reka-reka. Apa yang saya buat itu saya sokong dengan fakta dan angka yang sebenar.

“Saya berpegang pada prinsip yang benar walaupun mereka tak setuju tapi saya akan tetap menyatakan sesuatu yang pada pendapat saya ialah untuk kebaikan rakyat,” katanya

Namun katanya, sehingga kini masih banyak pertanyaan yang dibangkitkan kepada menteri PH belum berjawab. –sinarharian

Komen