KEJAYAAN TANGKAPAN DAN RAMPASAN SYABU – POLIS MARIN DAN BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK IPD TAWAU

KEJAYAAN TANGKAPAN DAN RAMPASAN SYABU – POLIS MARIN DAN BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK IPD TAWAU

TAWAU, 15 April 2019 – Bertindak atas maklumat sepasukan Pegawai dan anggota dari cawangan Narkotik IPD Tawau bersama Pasukan Polis Marin Tawau yang diketuai oleh Insp Napiah telah melaksanakan satu Operasi Terancang di kawasan Jeti Costom Immigration Quarantine (C.I.Q) Lama pada jam lebih kurang 3.50 petang semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Bin Ali berkata, “Pasukan serbuan telah menahan dua orang lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan. Penahanan dan pemeriksaan terhadap suspek iaitu seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun dan seorang lelaki warga Indonesia itu telah menemukan dua bungkusan plastik berwarna silver dan merah setiap satu yang dibungkus dengan rapi, didalamnya terdapat bungkusan besar plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dafah jenis syabu (anggaran berat : 501.76 gram).”

“Kesemua barang kes telah dirampas dan kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Tawau untuk menjalani ujian saringan awal air kencing. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati salah seorang suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine, dan seorang lagi bebas daripada sebarang dadah berbahaya,” jelasnya lagi.

Anggaran nilai rampasan dadah berjumlah RM25,000.00. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau

Komen