KEHADIRAN MEREKA TIDAK KITA SEDARI KERANA MEREKA BUKAN GOLONGAN YANG MEMINTA-MINTA.

KEHADIRAN MEREKA TIDAK KITA SEDARI KERANA MEREKA BUKAN GOLONGAN YANG MEMINTA-MINTA.

TAWAU _ 23 September 2018 | Alhamdulillah tengahari tadi team sukarelawan PERKALAS
@ The 3rd Force Sabah telah meluangkan masa melihat sendiri keadaan satu keluarga yang hidup dalam kekurangan. Sepasang suami isteri dan anaknya menjadikan sebuah pondok usang sebagai syurga mereka untuk berteduh daripada hujan dan panas.

Di saat semua orang bercerita tentang kemajuan dalam pelbagai bidang tanpa kita sedari ada lagi warganegara kita yang hidup dalam pondok buruk seperti ini. Mereka tidak menerima sebarang bentuk bantuan mungkin saja kerana kurangnya pengetahuan atau karenah birokrasi yang menyukarkan mereka.

Kami tidak mahu mencari salah siapapun bagi kami apa yang paling penting keluarga ini in sya Allah akan dibantu mengikut kemampuan yang ada. Tugas kita sebagai manusia bukan untuk menjadi penyelesai masalah itu semua kerja Tuhan. Apa yang terpenting kami tidak berpeluk tubuh tetapi membantu mengikut kapasiti kami. In sya Allah barangan dapur bulanan pasti akan diberikan kepada keluarga ini dalam masa terdekat.

Ya Allah PERKALAS @The 3rd Force Sabah ini bukan siapa-siapa. Tidak mencari populariti dengan kerja keras selama 7 tahun ini. PERKALAS@The 3rd Force Sabah hanya segolongan anak muda yang menjadikan gerak kerja kemanusiaan sebagai medium untuk mentarbiah diri dengan turun membaca setiap lembaran buku masyarakat kecil dan terpinggir. Bagi kami di situ ada sebuah ubat yang sangat ajaib untuk “Mengubat hati’. Hanya itu tujuan kami tiada yang lain.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Komen