KEGAGALAN BREK, LORI REMPUH GERAI, RUMAH DAN MOTOKAR

KEGAGALAN BREK, LORI REMPUH GERAI, RUMAH DAN MOTOKAR

LAHAD DATU; 3 JULAI 2019 (Rabu) – Insiden sebuah Lori tanker merempuh dua rumah, gerai dan motokar kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di Kampung Membatu Jalan Tungku dipercayai berikutan masalah brek.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, pemandu lori berumur 40 tahun dari arah Lahad Datu menuju ke Felda Sahabat 13.

Semasa ditempat kejadian melalui jalan lurus menuruni Bukit Kampung Membatu, pemandu mendapati lori berkenaan mengalami masalah brek sebelum bertindak melompat keluar.

Lori kemudian masuk ke kanan jalan lalu merempuh sebuah gerai niaga bantal, dua rumah dan sebuah kenderaan rosak.

Menurut ACP Nasri, semasa kejadian penghuni rumah sempat menyelamatkan diri sementara sebuah lagi rumah tidak berpenghuni.

Katanya, pemandu lori terbabit hanya mengalami luka kecil dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987

#BESTAWAUfm

Komen