KEDAI TAYAR TERBAKAR DI HOTSPRING TAWAU

KEDAI TAYAR TERBAKAR DI HOTSPRING TAWAU

TAWAU; 31 OKTOBER 2019 (Khamis) – Sebuah kedai tayar musnah 80 peratus dalam kejadian kebakaran di Jalan HotSpring Tawau, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Sharudy Delamin dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kebakaran itu pada 10.46 malam.

Sejurus selepas itu, sepasukan 16 Pegawai dan anggota bergegas ke lokasi menggunakan 2 jentera FRT, satu water tanker dan EMRS.

Sebaik tiba, Pasukan Bomba kemudian melakukan operasi pemadaman dan api berjaya dikawal pada 11.14 malam sebelum ditamatkan sepenuhnya 11.32 malam.

Menurut Sharudy, kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa. -BESTAWAUfm

Komen