KEBAKARAN MELIBATKAN SEBUAH RUMAH DAN MOTOKAR MUSNAH 100 PERATUS

KEBAKARAN MELIBATKAN SEBUAH RUMAH DAN MOTOKAR MUSNAH 100 PERATUS

LAHAD DATU; 3 DISEMBER 2019 (Selasa) – Tindakan pantas Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, mengawal kebakaran selama kira-kira 11 minit berjaya menghalang api daripada merebak ke kediaman lain di Kampung Unta, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, Sebuah rumah jenis tidak kekal dan motokar musnah sepenuhnya dalam kebakaran.

Ketua BBP daerah, Darren John dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 2.09 minit petang sebelum sembilan anggota menaiki dua LFRT dan sebuah FRT respon ke lokasi melalui jarak empat kilometer.

Beliau berkata, api berjaya dikawal 2.31 petang dan tamat pada 3.40 petang.

Kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa sementara punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. -BESTAWAUfm

#myTawau

Komen