KEBAKARAN KEDAI PERABOT DI BANDAR SABINDO SQUARE

KEBAKARAN KEDAI PERABOT DI BANDAR SABINDO SQUARE

TAWAU; 18 JUN 2019 (Selasa) – Sebuah kedai perabot musnah kira-kira 80 peratus dalam kejadian Kebakaran di Sabindo Square Tawau, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Sharudy Delamin dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kebakaran itu kira-kira pukul 6.29 pagi.

14 anggota yang diketuainya bersama empat jentera kemudian respon ke lokasi melalui jarak 1 kilometer.

Sebaik tiba, Pasukan Bomba kemudian memulakan operasi pemadaman dan mengawal kebakaran sehingga kawasan persekitaran diistyihar selamat daripada kemerbahayaan lain.

Menurut Sharudy, api berjaya dikawal pada pukul 6.50 pagi dan menamatkan Operasi pada 7.29 pagi. Kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan.

#BESTAWAUfm

Komen