Karnival e-Padaidi Bugis Sabah (KAReBA)

Karnival e-Padaidi Bugis Sabah (KAReBA)

AGA KAReBA??
(Apa Khabar)

Karnival e-Padaidi Bugis Sabah (KAReBA) yang julung-julung kalinya diadakan di Sabah. KAReBA bakal berlangsung selama 3 hari berturut-turut iaitu pada 26, 27 & 28 Julai 2019 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Pelbagai pengisian program yang dirancang penganjur mencukupi bidang ekonomi & keusahawanan, seni kebudayaan, kupasan buah fikir usahawan gagah, tarian & nyanyian tradisional/kontemporari, sukan rakyat, makanan tradisional, persembahan artis jemputan dan banyak lagi pengisian menarik.

Program ini dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Industri Bugis Sabah (DPIBS) bersama Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dengan kerjasama 7 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bugis Sabah.

BERIKUT ANTARA SEBAHAGIAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG BAKAL BERLANGSUNG SEPANJANG KARNIVAL KAREBA 2019

1. PERTANDINGAN SUKAN MINDA (DOMINO)
– terbuka 2 kategori lelaki & wanita
– individu
– tiada had umur
– yuran penyertaan percuma
– hadiah & saguhati pemenang
– perlawanan dikira tamat setelah antara salah satu peserta selesai mendapatkan 10 markah & kesemua markah peserta akan dikira untuk menentukan naib juara kumpulan
– setiap juara & naib juara kumpulan akan ke peringkat seterus-seterusnya
– sekiranya markah seri setelah seorang juara kumpulan menamatkan permainan, 1 pusingan permainan akan dibuat untuk menentukan naib juara kumpulan
– markah gandaan seperti kandang, ceki & polo adalah dikira
– daun domino dibahagikan kesemuanya 7 daun setiap peserta

2. PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU RAKYAT
– terbuka lelaki & wanita
– terbuka kepada semua etnik/suku kaum
– individu
– tiada had umur
– diwajibkan menyanyikan lagu bugis
– hanya 10 orang peserta sahaja yang akan layak ke peringkat akhir
– setiap peserta dibenarkan menyanyikan 1 buah lagu sahaja
– genre bebas lagu bugis
– lagu karaoke bersumberkan dari aplikasi you tube, sekiranya tiada, peserta haruslah membawa minus one sendiri
– pemenang dinilai dari segi vokal, pergerakan diatas pentas (penguasaan pentas), cara berinteraksi bersama penonton, pakaian, kreativiti persembahan dll
– yuran penyertaan percuma
– sijil penyertaan disediakan
– hadiah & saguhati pemenang

3. PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
a) 12 tahun & kebawah
b) 9 tahun & kebawah
c) 6 tahun & kebawah
– individu
– terbuka lelaki & wanita
– warna tidak disediakan
– warna jenis kayu sahaja dibenarkan untuk digunakan
– pemenang dinilai dari lukisan yang tercantik & kreatif
– yuran penyertaan percuma
– sijil penyertaan disediakan
– hadiah & saguhati pemenang

4. PERTANDINGAN MEMASAK MAKANAN TRADISI
– Terbuka kepada 2 kategori lelaki & wanita
– 2 orang setiap kumpulan
– tiada had umur
– syarat wajib menu makanan tradisi bugis
– Bahan disediakan
– sijil disediakan
– yuran penyertaan percuma
– hadiah & saguhati pemenang

5. PERTANDINGAN BUSANA TRADISIONAL KANAK-KANAK
– terbuka lelaki & wanita
– 12 tahun ke bawah
– busana tradisional bebas
– individu
– terbuka kepada semua etnik/suku kaum
– yuran penyertaan percuma
– sijil penyertaan disediakan
– hadiah & saguhati pemenang
– hanya 10 orang peserta sahaja akan layak ke peringkat akhir
– pemenang dinilai dari pakaian, pergerakan diatas pentas (penguasaan pentas), cara berinteraksi bersama penonton dll

6. PERTANDINGAN MAKAN MAKANAN TRADISI
a) Kuih-muih Tradisi
b) Lauk-pauk Tradisi
– terbuka lelaki & wanita
– tiada had umur
– individu
– peserta yg paling cepat menghabiskan makanan dalam tempoh yg ditetapkan dikira pemenang
– yuran penyertaan percuma
– hadiah menarik menanti pemenang

KETERANGAN LANJUT : 014-568 6877 (Acok Khan)
PENDAFTARAN : 017-837 6804 (Mansur Piteng)

-AJK Sukan & Kebudayaan-
-Karnival Kareba-

.

Saksikan juga kumpulan XPDC pada 28 julai 2019. Jam 9 malam

Komen