KANAK-KANAK LELAKI 7 TAHUN MAUT TERGILIS VAN PENUMPANG DI TAWAU

KANAK-KANAK LELAKI 7 TAHUN MAUT TERGILIS VAN PENUMPANG DI TAWAU

TAWAU; 2 DISEMBER 2019 (Isnin) – Seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun maut selepas tergilis van penumpang di Batu 3 Jalan Apas Kampung Sungai Buaya, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataan berkata, siasatan awal mendapati pemandu van berumur 40 tahun telah selesai menghantar penumpang di Kampung Sungai Buaya dari Semporna sebelum memandu keluar dari kawasan terbabit.

Beliau berkata, mangsa yang berada di bahu jalan kanan dipercayai melintas menuju ke arah jalan lalu melanggar sisi kanan van sehingga mengakibatkan mangsa terjatuh dan tergilis di bahagian tayar belakang kanan van terbabit.

Menurut ACP Peter, pemandu Van masih ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -BESTAWAUfm

#myTawau

Komen