KANAK-KANAK DARJAH 2 TERSEPIT DI SALURAN PAIP SELAMA 45 MINIT

KANAK-KANAK DARJAH 2 TERSEPIT DI SALURAN PAIP SELAMA 45 MINIT

TAWAU; 30 JANUARI 2019 (2019) – Tindakan pantas anggota Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Tawau hanya memerlukan lima minit bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun selepas kaki kanannya dipercayai tersepit kira-kira 45 minit di saluran paip di perumahan Rakyat Sri Titingan, pagi tadi.

Ketua Operasi PBKII Rosliee Suyut semasa ditemui pemberita RTM berkata mangsa dipercayai bertindak turun ke tingkat dua dari kediamannya di tingkat tiga bangunan berkenaan sebelum kakinya tersepit.

Foto Bestawau fm

Katanya, selepas BBP Tawau menerima panggilan pada pukul 8.39 pagi, beliau bersama lima anggota lain bergegas respon ke tempat kejadian.

Beliau berkata operasi penyelamatan terhadap kanak-kanak itu menggunakan kaedah hidrolik cutter bagi merengangkan paip lalu mengeluarkan kaki mangsa sebelum menamatkan operasi sepenuhnya sejurus selepas itu.

#BESTAWAUfm

Komen