Kan dah kena…

Kan dah kena…

LELAKI warga asing ditembak selepas mengamuk dan cuba menyerang anggota polis menggunakan parang panjang di tepi jalan di Kampung Sungai Intan, Semporna, semalam. FOTO ihsan polis

SEORANG lelaki cedera di kaki selepas ditembak ketika cuba menyerang anggota polis menggunakan parang panjang di tepi jalan Kampung Sungai Intan, Semporna, pagi semalam.

Dalam kejadian 11.25 pagi itu, suspek warga asing berumur 38 tahun dikatakan mengamuk di kawasan kampung terbabit sebelum orang awam menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Anak Umbuas, berkata tiga anggota polis tiba lokasi kejadian namun diserang suspek menggunakan parang panjang.

“Suspek menyerang salah seorang anggota polis menyebabkan satu das tembakan dilepaskan ke arah suspek dan terkena pada bahagian betis.

“Bimbang dengan keselamatan diri terancam, polis sekali lagi melepaskan tembakan apabila suspek bertindak agresif selain cuba menyerang anggota polis terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Peter berkata, suspek yang enggan menyerah diri itu bagaimanapun ditahan dan parang panjang berukuran 66 sentimeter dirampas.

Beliau berkata, suspek cedera di kedua-dua betis akibat terkena tembakan dan dirujuk ke Hospital Tawau untuk rawatan dan tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – Harian Metro

LELAKI warga asing ditembak selepas mengamuk dan cuba menyerang anggota polis menggunakan parang panjang di tepi jalan di Kampung Sungai Intan, Semporna, semalam.

FOTO ihsan polisLELAKI warga asing ditembak selepas mengamuk dan cuba menyerang anggota polis menggunakan parang panjang di tepi jalan di Kampung Sungai Intan, Semporna, semalam. FOTO ihsan polis

Komen