Kaji murid tak perlu bawa buku teks

Kaji murid tak perlu bawa buku teks

KLUANG: Kementerian Pendidikan sedang mengkaji kemungkinan muridtidak perlu lagi membawa buku teks ke sekolah sebagai antarapenyelesaian masalah beban beg berat.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata masalah beban beg sekolahadalah antara isu utama yang ditampilkan pelbagai pihak terutamaibu bapa dalam cadangan penambahbaikan sistem pendidikan Malaysiayang mula dibuka sejak minggu lalu.

Katanya, hingga kini sudah lebih 11,000 cadangan dan masalahsistem pendidikan diketengahkan pelbagai pihak dalam platformperisian Google Document khas yang dibangunkan bagi menerima semuaaduan dan pendapat.

“Masalah beban beg berat murid membabitkan sekolah rendahmenjadi antara isu yang banyak diketengahkan pelbagai pihak setakatini dan kita sedang melihat jalan penyelesaiannya.

“Antara yang sedang dikaji ialah murid mungkin tidak perlu lagimembawa buku teks ke sekolah dan sistem pembelajaran yang lebihberkonsep pertanyaan (enquire base) dan kajian boleh diterapkanseperti yang diguna pakai negara maju yang tidak bergantung kepadabuku teks di dalam kelas.

“Bagi saya penyelesaian sebegini boleh dan realistikdilaksanakan kerana ia tidak membabitkan kos selain memudahkanmurid dan guru.

“Isu lain yang banyak dikemukakan adalah masalah sistem StandardKualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang digunakanguru seluruh negara, masalah graduan membabitkan pinjamanPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta masalahsiswa membabitkan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan mengejut di PusatPelupusan Sampah Ladang CEP Renggam, dekat Simpang Renggam, hariini.

Mengulas lanjut, Dr Maszlee berkata, berkaitan isu AUKU beliaumemberi jaminan Pakatan Harapan (PH) akan mengotakan janji yangdibuat untuk memansuhkannya.

“AUKU akan diganti dengan akta baharu yang lebih baik dan tiadalagi campur tangan politik terhadap universiti dan siswa.Kementerian Pendidikan akan mengadakan sidang media Khamis ini bagimemberi perincian penuh isu berbangkit termasuk penyelesaian yangboleh diguna pakai,” katanya.

Www.damaxww.com

Komen