JURUTEKNIK PERKHIDMATAN RAWATAN AIR DITAHAN UGUT BUNUH IBU, ISTERI GUNA PEDANG SAMURAI

JURUTEKNIK PERKHIDMATAN RAWATAN AIR DITAHAN UGUT BUNUH IBU, ISTERI GUNA PEDANG SAMURAI

LAHAD DATU; 18 MEI 2019 (Sabtu) – Tindakan seorang Juruteknik Perkhidmatan Rawatan air membuat ugutan bunuh ibu dan isteri menggunakan sebilah pedang samurai di sebuah rumah di Taman Pertama Satu, Lahad Datu menerima padah apabila ditahan polis.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu Jumaat lalu kira-kira pukul 12.30 tengah malam susulan laporan polis yang dibuat ibunya berumur 53 tahun.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam khamis lalu, apabila mangsa telah mendengar pertengkaran anaknya dengan isterinya berikutan isteri suspek menemui sebuah beg tangan dipercayai milik teman wanita suspek di dalam pakaiannya.

Dalam pada itu, mangsa turut bertanya berkenaan beg tangan terbabit yang ada pada suspek. Bagaimanapun, suspek kemudian menjadi agresif serta marah lalu ke dapur rumah dan mengambil sebilah pedang samurai.

katanya, suspek telah mengugut untuk membunuh mangsa dan semua ahli keluarga di rumah terbabit sebelum isteri suspek mengambil pedang tersebut dan memintanya untuk berhenti mengamuk.

Menurut ACP Nasri, suspek kemudian ditahan dan reman empat hari selepas serah diri di IPD Lahad Datu manakala pedang samurai yang digunakan dalam kejadian itu turut dirampas untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, mangsa telah tinggal menetap di rumah itu bersama suspek, isteri dan enam anaknya kerana tidak bekerja sejak setahun yang lalu.

#BESTAWAUfm

Komen