JURAGAN BERSAMA 4 PENUMPANG DITAHAN KERANA TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN PENGENALAN DIRI

JURAGAN BERSAMA 4 PENUMPANG DITAHAN KERANA TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN PENGENALAN DIRI

LAHAD DATU (30 Sept) – Pasukan Polis Marin (PPM) di sini telah menahan juragan bersama 4 penumpang kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua mereka ditahan ketika cuba memasuki negara ini secara haram menggunakan sebuah bot laju di perairan Tanjung Labian pada pukul 6.05 petang pada sabtu.

Ketika kejadian, sepasukan anggota PPM yang sedang melakukan “Op Gelora” telah terserempak dengan sebuah bot laju dari arah Filipina menuju ke perairan Tanjung Labian.

Menyedari kehadiran pasukan keselamatan, bot berkenaan cuba melarikan diri dengan berpatah balik ke arah perairan Filipina.

Namun demikian, bot laju berkenaan berjaya ditahan setelah dikejar selama 15 minit oleh pasukan keselamatan.

Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua penumpang termasuk juragan bot bersama pembantunya tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Turut dirampas sebuah bot laju bersama 1 unit enjin sangkut Yamaha 40hp.

Kesemua suspek bersama barang rampasan telah di bawa ke pangkalan PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63.

-Fb esscom

Komen