JUARA BATTLE OF THE BAND SEMPENA KARNIVAL SAMBUTAN TAHUN BARU 2018 DITAWAU

JUARA BATTLE OF THE BAND SEMPENA KARNIVAL SAMBUTAN TAHUN BARU 2018 DITAWAU

Bertempat di Padang Hoki Tawau telah berlangsung pertandingan BATTLE OF THE BAND sempena Karnival Sambutan Tahun Baru 2018. Sebuah program tahunan yang sentiasa dinanti oleh warga Tawau. Dimana, pengisian program memang padat yang pastinya menyediakan pentas serta platfom untuk anak anak muda serta pemuzik bebas bekarya.

Difahamkan seramai 23 buah kumpulan telah menyertai pertandingan BATTLE OF THE BAND INI. Dimana acara saringan telah berlangsung pada 2 Feb yang lepas. Hanya 12 buah kumpulan sahaja yang layak ke peringkat final iaitu semalam. Senarai band yang ke final adalah seperti di bawah

THE FIREBLADES BAND

THE SACRIFICE BAND

UNEX’FLEXIBLE

NO IDEA LIVE BAND

D’INFINITY

ERA MUZIK BA

RTG BAND

CHEMISTRY BAND

HZ BAND

DARBIAN REVIVAL

HERB TEARS BAND

RIMBAYU

Para peserta bebas membawa lagu yang dipersembahkan di hadapan juri serta orang awam. rasanya tiada masalah untuk finalis finalis ini tampil dengan kehebatan masing masing. Ini satu pelang untuk para peserta memperlihatkan bakat, persembahan serta atitude di atas pentas tersebut. Pihak penganjur telah melantik 4 orang juri. Mereka ini adalah orang yang cukup berpengalaman dalam bidang muzik.Mereka adalah..

MR TIMOTHY LIAW

MR ALBERT

MR IVAN

MR DONALD MUKRI

Setelah melihat kesemua para peserta, juri telah memutuskan dengan mengumumkan para pemenang bagi pertandingan BATTLE OF THE BAND tersebut. iaitu..

TEMPAT PERTAMA:- ERA MUZIK BAND (RM1800 + TROFI)

TEMPAT KEDUA: – DARBIAN REVIVAL (RM1200+TROFI)

TEMPAT KETIGA:- D’INFINITY (RM900+TROFI)

Tahniah di ucapkan kepada para pemenang atas kejayaan anda semalam. Juga tidak dilupakan kepada para peserta yang kurang berjaya. Bukan bermakna anda tidak mendapat tempat band anda tak bagus. Sebenarnya anda adalah pemenang di hati para pengiat muzik tempatan. Atas kebenarnian anda naik ke pentas BATTLE satu kebenarnian yang bukan ada pada mana mana kumpulan muzik. Jangan khuatir, inysyallah tahun depan cuba lagi. Teruskan berkarya demi muzik yang anda cintai.

Sumber maklumat:- Cikgu Rosli

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *