JPN TAWAU HENTI SEMENTARA PROSES KAD PENGENALAN PEMAUSTATIN SEMENTARA (MyKas)

JPN TAWAU HENTI SEMENTARA PROSES KAD PENGENALAN PEMAUSTATIN SEMENTARA (MyKas)

TAWAU.14 julai – Jabatan Pendaftaran Negaara (JPN) Cawangan Tawau menghentikan sementara pemprosesan kad pengenalan Pemaustatin Sementara (MyKas) hari ini selepas ribuan orang awam menyerbu pejabat itu akibat menerima maklumat tidak tepat bahawa pemegang MyKas boleh memohon status Pemastautin Tetap (MyPR) yang tular di laman sosial Whatsapp sejak semalam.

Timbalan Pengarah JPN Sabah, Adrian Allan Richard berkata maklumat tular itu tidak betul sehingga mengganggu proses kerja di JPN yang terletak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan tidak terkawal sekali gus permohonan MyKas iaitu kepada kanak-kanak yang tiada status pengesahan kerakyatan dalam surat beranak itu turut terpaksa dihentikan sementara waktu.

Katanya, proses permohonan MyKas itu di JPN Tawau akan disambung selepas keadaan mengizinkan semula. Beliau berkata demikian kepada media pada sidang medianya hari ini.

Sejak semalam, tular di Whatsapp bahawa pemegang MyKas boleh memohon untuk menukar status sementara kepada penduduk tetap.

Adrian berkata, program MyKas diberikan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun yang di dalam surat lahir mereka tiada status kewarganegaraan itu dimulakan sejak bulan Mei, 2015.

Mereka yang layak menerima atau memohon MyKas adalah kanak-kanak yang tercatat dalam surat lahir mereka, adalah ibu bapa yang turut tidak memiliki kerakyataan.

Jelasnya, surat lahir yang ada tercatat status bapa atau ibu seperti No. Pasport dan lain-lain TIDAK LAYAK untuk memohon MyKas.

Dalam pada itu, MyKas katanya hanya laku atau sah digunakan dalam tempoh lima tahun dan selepas itu pemiliknya perlu memohon semula.

*artikel ini di siarkan pada 14 Julai 2017 di fb besTawau fm

Komen