JHL TAWAU PASANG PERANGKAP SUSULAN INSIDEN WANITA DISYAKI DIBAHAM BUAYA DI KALABAKAN

JHL TAWAU PASANG PERANGKAP SUSULAN INSIDEN WANITA DISYAKI DIBAHAM BUAYA DI KALABAKAN

TAWAU; 10 SEPTEMBER 2019 (Selasa) – Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau memasang satu perangkap buaya dan papan tanda amaran susulan serangan reptilia itu keatas seorang wanita sehingga maut di Sungai Tuda Kalabakan, baru-baru ini.

Pengawainya, Sailun Aris yang dihubungi RTM berkata, perangkap besi berumpankan ayam itu dipasang kira-kira pukul 10.30 pagi di sungai berkenaan, kelmarin.

Beliau berkata, pemerhatian serta pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan sekiranya reptilia berkenaan ditangkap.

Usaha mengesan reptilia itu disertai lebih 30 pegawai dan anggota JHL Tawau dengan kerjasama pasukan Bomba dan penyelamat Tawau, Polis Kalabakan dan wakil pejabat daerah Kalabakan.

Dalam kejadian sabtu lepas, mayat Nur Fatimah Salleh, 32 tahun ditemui pada 3.25 petang kira-kira 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang semasa mencuci pakaian di sungai terbabit.

#BESTAWAUfm

Komen