JHL SAHKAN ‘KERACUNAN’ PUNCA KEMATIAN GAJAH DI BAGAHAK LAHAD DATU

JHL SAHKAN ‘KERACUNAN’ PUNCA KEMATIAN GAJAH DI BAGAHAK LAHAD DATU

LAHAD DATU; 15 FEBRUARI 2020 (Sabtu) – Susulan penemuan bangkai gajah Borneo betina di Bagahak, Lahad Datu, rabu lalu. Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, ketika dihubungi pemberita RTM di Kota Kinabalu mengesahkan bahawa punca kematian gajah berkenaan adalah disebabkan Keracunan.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan pengesahan tersebut hanya berdasarkan laporan diterima daripada pasukan Veterinar yang telah membuat pemerhatian awal terhadap keadaan perut bangkai gajah berkenaan.

Tiada laporan analisis toksilogi diperolehi setakat hari ini kerana hasil analisis mengambil masa 3 hingga 4-bulan.

Hasil pemeriksaan awal pasukan ini mendapati punca kematian disyaki keracunan akut iaitu kerana hati diperbesar (hepatomegali) dan berdasarkan tanda-tanda klasik keracunan iaitu darah yang keluar dari orifis seperti rektum, mulut, dan telinga. Tiada kecederaan luaran dikesan.

Bangkai gajah berkenaan dianggarkan telah berada di sana selama tiga hari dari penemuan dan dipercayai berusia sekitar 30 sehingga 35-tahun.

#BERITA RTM SABAH

#bestawaufm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *