JHL LAHAD DATU SAHKAN PENEMUAN GAJAH MATI DI BAKAPIT, SEDANG JALANKAN ‘POSTMORTEM’

JHL LAHAD DATU SAHKAN PENEMUAN GAJAH MATI DI BAKAPIT, SEDANG JALANKAN ‘POSTMORTEM’

LAHAD DATU; 9 DISEMBER 2019 (Isnin) – Seekor lagi gajah Pygmy Borneo ditemui mati di Bakapit Lahad Datu, hari ini.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu, Sylvester Saimin yang dihubungi pemberita RTM mengesahkan perkara itu dan pihaknya kini sedang menjalankan bedah Siasat keatas gajah terbabit.

Beliau berkata, pihaknya akan kongsikan maklumat lanjut kepada pihak media selepas selesai menjalankan bedah siasat.

Dalam tempoh empat bulan sejak September lepas empat bangkai gajah masing-masing ditemui di Sungai Dumpas Tawau, Sungai Kinabatangan dan di Beluran serta terbaharu di Bakapit Lahad Datu. -BESTAWAUfm

Komen